Tiga Golongan yang Bertanggungjawab Jalani Aqiqah

0
413
Ustaz Azhar ditemuramah di radio IKIM baru-baru ini.

oleh: TIM EDITORIAL
mediaezqurban@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tiga golongan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan ibadah aqiqah terhadap kelahiran baharu disebut oleh Presiden Kumpulan Pensyarikatan EZ (EZ Group Of Companies) Sdn. Bhd, Ustaz Azhar Ab. Shukur dalam wawancara khas bersama radio IKIM baru-baru ini.

Golongan pertama adalah ibu-bapa, kedua atuk atau nenek dan ketiga ialah diri sendiri.

Ketiga-tiga golongan tersebut merupakan individu atau kumpulan yang rapat dalam sesuatu kelahiran yang baharu. Sekiranya salah satu daripada kumpulan yang disebutkan di atas tidak dapat melaksanakankannya, ia tidaklah menjadi satu kesalahan tetapi sebaik-baiknya dilakukan sebagai tanda kesyukuran kita terhadap Allah SWT.

Mengulas lanjut tentang ibadah aqiqah tersebut Ustaz Azhar menekankan mengapa perlunya ibadah ini perlu dilaksanakan walaupun ianya bukanlah perkara wajib berbuat demikian.

“Ketika pasangan itu berkahwin mereka mengadakan kenduri bagi memaklumkan perkahwinan mereka. Mengapa tidak memaklumkan dengan kelahiran (anak) baharu?

“Anak adalah penyambung zuriat. Tidak salah jika kita mengadakan aqiqah untuknya walaupun ia sudah meningkat dewasa” jelasnya lagi.

Sebaik-baik perlaksanaan adalah pada hari ketujuh kelahiran jika berkemampuan. Sebaliknya ia boleh juga diadakan pada hari-hari lain tanpa perlaksanaan kenduri secara besar-besaran walaupun anak tersebut sudah meningkat besar.

IKLAN: Pendaftaran untuk Program Aqiqah Ramadan sudah dibuka.

Selain ganjaran ibadah dalam bulan Ramadan yang digandakan, daging aqiqah para peserta juga akan diagih untuk hidangan berbuka puasa kepada masyarakat muslim yang memerlukan diluar negara.

Bagi yang berminat untuk mendaftar dan mendapatkan info lanjut, sila klik sini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here