oleh: TIM EDITORIAL

KUALA LUMPUR 12 Mac 2020 – MENDEPANI cabaran digital penyampaian maklumat terkini, EZ Qurban Sdn Bhd tampil dengan formasi baharu unit medianya semalam.

Unit Media sebelum ini berasingan di antara Unit Digital Marketing dan Unit Penerbitan kini diletakkan di bawah satu pengurusan yang dijenamakan semula sebagai Ez Qurban Media.

Pengurus EZ Qurban, Ustaz Muhammad Hafeez Firdaus Toharuddin berkata penubuhan unit ini adalah bagi memantapkan dan memperkemaskan laporan dan maklumat berhubung aktiviti qurban dan aqiqah khususnya kepada pelanggan EZ Qurban.

Selain itu laporan wacana dan soal jawab ibadah korban dan aqiqah turut dimuatkan.

Dalam pada itu Pengurus Pemasaran EZ Qurban, Ahmad Fadzlullah Hassanuddin menyifatkan penubuhan ini amat tepat dalam mendepani cabaran maklumat di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here