Sebungkus Daging Secupak Beras Untuk Tiga Benua Dunia.

0
491

Oleh: MOHAMMAD NAIM FIRDAUS ABDUL AZIZ
mediaezqurban@gmail.com.

Langkah pertama EZ Qurban dimulakan dengan Ustaz Azhar Ab.Shukur pada 2007 di Kemboja.

Pada ketika itu, beliau dibantu beberapa orang sahabat dalam melaksanakan ibadah akikah dan korban di sana.

Melihat dengan mata kasar bukanlah penderitaan ataupun krisis makanan yang dialami oleh umat Islam Kemboja. Namun kerana keprihatinan dan penerokaan sistem baharu, ibadah tuntutan agama menjadikan ia sebagai modul pertama EZ Qurban.

Menurut Presiden EZ Group of Companies dipetik dalam rakaman wawancara bersama beliau baru-baru ini, selain perlaksanaan akikah dan korban, kelangsungan pendidikan juga diutamakan selama dua tahun beliau di sana.

Selain pengurusan korban dan akikah bagi umat Islam di Kemboja perlaksanaan Fidyah juga turut dikembangkan.

Dari tahun ke tahun EZ Qurban mula menempa sedikit demi sedikit usaha sehingga berjaya menjadikan jenama ini sebuah organisasi akikah korban pertama menerima sijil ISO 9001:2015 dalam kategori Pengurusan dan Kualiti.

13 belas tahun beroperasi merupakan satu angka yang tidaklah mudah untuk dicapai. Namun kesungguhan dan penerimaan masyarakat menjadikan organisasi ini sentiasa ‘hidup’ dalam meneruskan agenda ummah umumnya.

Meletakkan slogan Keutamaan Untuk Anda, Keperluan Untuk Ummah, EZ Qurban sekali lagi mencipta rekod mendapat penyertaan terbesar dalam program ibadah korban iaitu seramai 64,792 peserta.

Selain itu penyertaan terbesar dalam tempoh 24 jam direkodkan iaitu seramai 4,361 peserta mendaftar dalam program korban tersebut. Begitu juga dengan program aqiqah yang mendapat jumlah penyertaan seramai 4,009 peserta dalam tempoh setahun.

Pengiktirafan EZ Qurban ini telah diangkat oleh Malaysia Book Of Record ( MBR) di antara organisasi yang cemerlang dalam bidang penarafannya.

Dalam satu majlis yang diadakan di Ibu negara baru-baru ini, EZ Qurban juga telah menggungguli carta tertinggi jenama perlaksanan perkhidmatan dan menerima Anugerah Jabir Ibn Hayyan- People Choice Award 2019/2020.

Anugerah tersebut diterima selepas proses undian awam secara dalam talian berkenaan jenama perkhidmatan yang tertumpu kepada nilai tambah pemberian kepada masyarakat.

Sistem maklumat terkini dan proses penerimaan pendaftaran secara online dikembangkan sehingga kini sebagai pemudah cara kepada pelanggan khususnya.

Kini EZ Qurban telah menjelajah ke 35 buah negara meliputi tiga benua dunia dalam program perlaksanaan ibadah korban dan akikah khususnya membawa amanah rakyat Malaysia.

Untuk menyertai AQIQAH RAMADAN, pendaftaran boleh dibuat melalui:

Website : www.ezqurban.org

Atau hubungi kami ditalian:
Whatsapp : www.wasap.my/60133186984
Call/SMS : 013-2386000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here