RAMADAN: Bukan Sekadar Berpuasa

0
478

Bulan Ramadan lebih sinonim dengan bulan ibadah, terutama sekali ibadah berpuasa di siang harinya. Namun, ianya bukanlah sekadar berpuasa semata-mata, tetapi mengawal hawa nafsu daripada melakukan apa-apa perkara yang merosakkan ibadah puasa serta melanggar batas syariat Islam.

Semua orang mampu untuk berpuasa, mampu menahan diri daripada makan dan minum di siang hari bulan Ramadan, tetapi bagaimana pula dengan pancaindera dan anggota badan yang lain, mampukah kita menjaga pergerakannya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Bagaimanakah ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT, sedangkan kita hanya mengekang nafsu makan dan minum sahaja, tetapi tidak mengawal nafsu pancaindera dan anggota badan yang lain.

Hal ini berdasarkan hadith. Sabda Rasulullah SAW:

كم من صائم ليس له من صيامه إلا الجوع والعطش
Maksudnya: “Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apapun daripada puasanya, melainkan hanya berlapar dan dahaga“.
(HR: An-Nasaie)

Berdasarkan hadith di atas, para ulamak meletakkan ibadah puasa ini kepada 2 bahagian:

1. Puasa Hakikat Zahiriyah
Iaitu berpuasa dengan menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum, bermula terbit fajar hingga terbenam matahari.

2. Puasa Hakikat Batiniyah
Iaitu orang yang berpuasa, dia melakukan perkara amar makruf dan nahi mungkar, menyucikan jiwa, menundukkan nafsu, menjauhi sifat-sifat mazmumah di dalam hati, bersangka baik dan sentiasa berfikiran positif.

Hakikat pertama adalah “jalan”, dan yang kedua adalah “tujuan”. Tidak semua orang yang mengikuti jalan, akan sampai ke tempat tujuannya. Begitulah ibaratnya, tidak semua orang yang berpuasa dengan hakikat pertama akan mencapai tujuannya tanpa diikuti dengan hakikat yang kedua.

Itulah sebenarnya tujuan berpuasa agar kita dapat mencapai hakikat puasa yang sebenarnya, sepertimana firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183: لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَMudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa“.

Justeru, disamping kita mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak covid-19 ini, kita juga hendaklah mengawal pergerakan hawa nafsu daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan kualiti ibadah puasa, apatah lagi mencemar kesucian bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita menjadi insan yang bertaqwa.

Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak, dan menjalani ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua. Aamin.

IKLAN: PENDAFTARAN AQIQAH RAMADAN MASIH DI BUKA. HUBUNGI 013 238 6000 ATAU LAYARI www.ezqurban.org UNTUK PENDAFTARAN.

Laksanakan Ibadah Akikah bersama EZ Qurban kini lebih mudah dengan Billplz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.