Program Prihatin Ummah 2020 bersama EZ Qurban

0
190
EZ Qurban akan melaksanakan Program Prihatin Ummah 2020 (PPU) kali ke-11 dengan perlaksanaan akikah Ramadan melibatkan 11 buah negara.

ULANGSIAR KERATAN AKHBAR
Sinar Harian – Sabtu, 02 Mei 2020

MUHAMMAD AMINNURALIFF | 1 Mei 2020

SHAH ALAM – EZ Qurban Sdn Bhd akan melaksanakan Program Prihatin Ummah 2020 (PPU) kali ke-11 sepanjang Ramadan tahun ini melalui perlaksanaan akikah Ramadan membabitkan 11 buah negara.

EZ Qurban Sdn Bhd menerusi kenyataan memaklumkan antara negara yang terlibat dalam program itu ialah Kenya, Ethopia, Sri Lanka, Bangladesh, Laos, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia dan Kem Pelarian Arakan di Myanmar.

“Program ini bertujuan menyelesaikan hasrat tertangguh dan memberi peluang rakyat Malaysia yang mahu melangsaikan tuntutan akikah anak ketika Ramadan,” katanya.

Katanya, program itu turut dibuka untuk tajaan majlis berbuka puasa anak-anak yatim di negara terbabit.

“Melalui modal RM580 bagi seekor kambing peserta akan mendapat pulangan ganjaran pahala melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini.

“Program PPU ini juga akan mengagihkan daging akikah kepada umat Islam memerlukan selain berbuka puasa bersama,” katanya.

Menurutnya, pendaftaran dalam talian sudah dibuka dan tarikh tutup adalah pada 20 Mei ini.

“Layari www.ezqurban.org/aqiqahramadan untuk pendaftaran dan pertanyaan,” katanya.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/81453/BERITA/Nasional/Program-Prihatin-Ummah-2020-bersama-EZ-Qurban

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here