PPU2020: Daging Sembelihan Nazar

0
481

PPU2020: Daging Agihan Nazar peserta Malaysia dimanfaatkan penduduk diempat daerah Yogyakarta.

oleh: TIM MEDIA EZQURBAN
mediaezqurban@gmail.com

YOGYAKARTA 9 Mei- UMAT Islam di empat daerah di Yogyakarta, Indonesia terpilih dalam agihan daging lembu niat nazar rakyat Malaysia yang menyertai Program Prihatin Ummah (PPU) 2020 bersama EZ Qurban dalam bulan Ramadan ini.

Perkara ini dinyatakan oleh wakil EZ Qurban, Ustaz Yuri Salam ketika dihubungi semalam.

Menurutnya proses penyembelihan dilakukan dengan lima orang kakitangan di pusat penyembelihan kota Turi Sleman dengan dimulakan jam 8pagi..Selepas waktu zohor mula diedarkan ke penerima.

Dalam pada itu Pengurus EZ Qurban, Muhamamad Hafezs Firdaus Toharudin ketika dihubungi di ibu neagara menyifatkan program PPU 2020 ini berlaku sedikit perubahan perlaksanaannya tidak seperti tahun sebelumnya.

“Berikutan situasi covid-19 masih tidak menentu kami meminda program juadah berbuka puasa yang sepatutnya terlaksana dalam PPU 2020 ini.

” Terima kasih peserta peserta yang mendaftarkan perlaksanaan PPU tahun ini. Walaupun ada sedikit pindaan namun hajat peserta kami penuhi dengan prosuder SOP sebaiknya” jelasnya.

Nazar bermaksud, suatu perjanjian yang baik atau buruk. Manakala menurut istilah feqah bermaksud, membuat iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syara’ samada ia dikaitan dengan sesuatu ataupun tidak.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya“. Surah Al-Hajj, ayat 29)

Oleh itu, sesiapa yang telah bernazar maka hendaklah ia menunaikannya kerana hukum melaksanakan nazar adalah wajib, sesuai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’.

Jika seseorang itu telah bernazar, lalu dia tidak menunaikannya sepertimana yang telah dinazarkan, maka hendaklah dia membayar kaffarah nazar, iaitu sama seperti kaffarah sumpah.

Kaffarah Sumpah / Nazar ialah:

  1. Memerdekakan seorang hamba beriman
    Oleh kerana sistem perhambaan dalam Islam telah dimansuhkan, maka gugurlah pilihan pertama ini. Terus pergi kepada pilihan kedua dan seterusnya.
  2. Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin dengan makanan asasi yang mengenyangkan. Atau…
  3. Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin seperti baju, kain dan seumpamanya.

Pendaftaran untuk Aqiqah Ramadan 2020 ini masih dibuka sehingga 20 Mei ini dan perlaksanaana akan diadakan secara berperingkat di seluruh negara yang terlibat. -MEZQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here