PPU 2020: Penerima Titip Doa Dari Kemboja

0
362

oleh: TIM MEDIA EZ QURBAN
mediaezqurban@gmail.com

KEMBOJA 8 Mei – Golongan anak yatim dan ibu tunggal antara penerima daging aqiqah Program Prihatin Ummah (PPU) 2020 EZ Qurban di Kemboja serentak hari perlaksanannya di Bangladesh.

Wakil EZ Qurban Ustaz Zahry berkata proses penyembelihan dilakukan selepas solat subuh memandangkan suasana penularan wabak Covid-19 dalam fasa langkah keselamatan ketika ini semasa dihubungi melalui talian semalam.

Ust. Zahry bersedia melakukan sembelihan aqiqah peserta EZ Qurban

“Acara penyembelihan dan proses melapah dimulakan awal pagi sesudah solat subuh.

” Kebiasaannya pada Ramadan lalu kami (petugas) akan melakukannya selepas zohor. Memandangkan tiada majlis berbuka puasa bersama, jadi kami teruskan di awal pagi”, jelasnya lagi.

Menurutnya daging aqiqah tersebut terus di agihkan kepada 40 orang penerima tersenarai sebaik sahaja proses kesemuanya selesai.

Antara penduduk kampung yang menerima manfaat daging aqiqah

Keseluruhan penerima dalam nada sebak mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia dihindari wabak Covid-19 terutama peserta program PPU 2020 yang telah berjaya melaksanakan penyempurnaan aqiqah di bulan Ramadan.

IKLAN: PENDAFTARAN AQIQAH RAMADAN MASIH DIBUKA SEHINGGA 20 MEI 2020.

HUBUNGI 013-238 6000 ATAU WHATSAPP www.wasap.my/60133186984

Laksanakan Ibadah Aqiqah bersama EZ Qurban kini lebih mudah dengan Billplz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here