PKPB Menyalakan Ekonomi Bumiputera

0
268

Oleh: TIM MEDIA EZQURBAN
mediaezqurban@gmail.com

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020 memberi ruang kepada peneraju ibadah korban dan akikah syarikat Ez Qurban Sdn Bhd memulakan operasinya semula.

Sepanjang tempoh PKP dari fasa 1 sehingga fasa 3 operasi hanya dilakukan di dalam talian. Namun ketidak beradaan di pejabat adalah tempoh sukar mengisi data secara kolektif keseluruhan.

Ini dijelaskan Pengurus EZ Qurban Muhammad Hafesz Firdaus Toharudin ketika dihubungi baru-baru ini di pejabatnya di Kuala Lumpur.

” Sejak hari pertama perlaksanaan PKPB kami telah menyediakan peralatan dan syarat-syarat yang digariskan oleh kerajaan dan pihak KKM untuk kesemua pekerja di premis ini mematuhi garis panduan (SOP) yang telah diwartakan.

“Seramai 27 orang petugas kami telah bahagikan jadual waktu pengurusan kehadiran supaya matlamat utama PKPB ini memenuhi kriteria perlaksanannya. Kami juga membekalkan pekerja dengan surat rasmi syarikat untuk dipamerkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pemeriksaan perjalanan dari kediaman ke tempat bertugas, jelasnya lagi.

Tambahnya proses perlaksanaan Program Prihatin Ummah (PPU) 2020 giat diusahakan penyertaannya khusus di dalam bulan Ramadan ini. Perlaksanaan PPU tertumpu kepada ibadah akikah di luar negara dan diagihkan daging tersebut kepada golongan sasaran sebagai berbuka puasa.

Kepada yang ingin menyertai ibadah akikah ini boleh terus menghubungi pihak kami kerana tarikh tutup penyertaan pada 20 Mei ini.

IKLAN: PENDAFTARAN AKIKAH RAMADAN MASIH DI BUKA. HUBUNGI 013-238 6000 ATAU LAYARI www.ezqurban.org UNTUK PENDAFTARAN.

Laksanakan Ibadah Akikah bersama EZ Qurban kini lebih mudah dengan Billplz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here