Perintah Kawalan Pergerakan: Operasi EZ Qurban Terganggu?

0
584
Pejabat EZ Qurban ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Mac 2020 untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Menurut perintah ini, semua premis perniagaan selain daripada ‘Servis Keperluan’ (Essential Services) yang disenaraikan mestilah menutup premis masing-masing.

Pengurus EZ Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus dalam satu kenyataan ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp berkata Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak COVID-19 sekarang ini tidak akan mengganggu pelaksanaan ibadah aqiqah melalui EZ Qurban.

Beliau berkata demikian apabila menerima pertanyaan bertalu-talu daripada para pelanggan yang bertanya adakah pelaksanaan aqiqah di EZ Qurban akan terganggu dengan arahan ini.

“Wakil kami di lebih 15 buah negara sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk melaksanakannya” Tambahnya lagi.

Walaupun tidak berlaku gangguan dalam proses pelaksanaan aqiqah di luar negara, arahan penutupan premis ini tetap memberi impak kecil dalam proses penghantaran Sijil Pengesahan Pelaksanaan kepada peserta tambah Ahmad Fadzlullah, Pengarah Pemasaran EZ Qurban.

“Sijil Pengesahan para peserta hanya akan diproses selepas Perintah Kawalan Pergerakan ini tamat.

“Kami harap para pelanggan jelas dengan situasi sekarang dan kami akan maklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.” Katanya.

Bermula bulan Rejab sehingga Ramadan setiap tahun, EZ Qurban akan menganjurkan Program Prihatin Ummah yang mana aqiqah yang didaftarkan akan dilaksanakan dalam bulan Ramadan.

Selain ganjaran ibadah dalam bulan Ramadan yang digandakan, daging aqiqah para peserta juga akan diagih untuk hidangan berbuka puasa kepada masyarakat muslim yang memerlukan diluar negara.

Bagi yang berminat untuk mendaftar dan mendapatkan info lanjut, sila klik sini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here