Peringatan Buat Peserta Ibadah Korban – Ustaz Amirul Kamarudin

0
651

oleh TIM EDITORIAL
[email protected]

KUALA LUMPUR 22 Julai 2020- DUA ibadah iaitu menunaikan haji dan melaksanakan korban diraikan secara serentak dalam bulan Zulhijjah ini merupakan bulan terakhir dan adalah diantara empat bulan terbaik di dalam kalendar Islam.

Umum mengetahui khusususnya rakyat Malaysia ibadah haji pada tahun ini telah ditangguhkan perlaksanaannya berikutan wabak covid – 19 yang melanda seluruh dunia. Akan tetapi peluang mengadakan ibadah korban masih lagi boleh dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP)yang telah digariskan.

Terdapat tiga perkara yang dilarang peserta korban melakukannya seperti mana pesan Rasullah SAW dalam sebuah hadis yang dinyatakan Ustaz Amirul Kamarudin semasa wawancara khas media ez qurban di Kuala Lumpur baru- baru ini.

” Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah), janganlah kamu melakukan tiga perkara mencukur rambut, memotong kuku dan mencabut atau menghilangkan bulu- bulu.

” Bentuk larangan ini adalah khusus kepada peserta yang ingin melakukan atau melaksanakan ibadah korban tersebut”, jelasnya.

Menurutnya larangan ini hanyalah berbentuk satu galakan atau semangat kepada peserta korban seperti mana jemaah haji yang tidak melakukannya dan bukanlah satu hukum wajib perlaksanaan. Larangan ini hanyalah sunat bagi peserta ibadah korban dan haram hukumnya kepada jemaah haji.

Ustaz Amirul turut menyatakan mengapa Rasullah SAW berpesan demikian adalah kerana tiga perkara tersebut merupakan saksi berhubung perlaksanaan ibadah korban yang kita lakukan. Melaksanakan korban adalah perkara sunat termasuklah tiga perkara yang disebut oleh Rasullullah SAW.

Terdapat juga beberapa perkara yang disunatkan melakukannya di dalam bulan Zulhijjah di mana kelebihan bulan ini banyak memberi banyak manfaat kepada kita khususnya.

Antara perkara tersebut adalah berpuasa pada hari wukuf di Arafah yang jatuhnya pada 9 Zulhijjah. Perbanyakkan zikir dan berdoa antara salah satu perkara yang digalakkan berbuat demikian. MEZQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.