‘Pergorbanan’ dalam Norma Baharu.

0
523

oleh: TIM EDITORIAL

mediaezqurban@gmail.com

KUALA LUMPUR 3 Julai 2020- Kita baru sahaja menyambut Aidilfitri dalam keterbatasan waktu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak pandemik covid -19 baru – baru ini.

Penghujung bulan ini pula kita akan menyambut satu lagi perayaan umumnya disebut Hari Raya Korban / Haji. Sudah tentu juga kita akan menyambut dalam keadaan seperti mana sebelumnya.

Lazimnya pada Hari Raya Korban umat Islam seluruh dunia akan mengadakan penyembelihan korban yang mana ibadah ini sangat dituntut melakukannya jika berkemampuan. Banyak program- program perlaksanaan korban yang diadakan di surau, masjid bahkan ada juga dibuat di halaman rumah sendiri.

Pengertian korban cukup meluas. Jika diamati sejarah Nabi Ibrahim A.S dan puteranya Nabi Ismail A.S banyak ilmuwan agama mengupas kisah ini dan disinilah bermulanya ibadah korban.

Korban secara umum adalah penyembelihan binatang yang telah disyaratkan dan digariskan mengikut apa yang terkandung dalam kesemua persoalan hukum hakam perlaksanannya.

Korban juga bukan sekadar memenuhi tuntutan peribadi malah melakukan ibadah korban ini mendekatkan terhadap keagungan pencipta.

Itu konteks perlaksanaan ibadah korban secara asas, tetapi bagaimana kita ‘berkorban’ dalam mendepani cabaran di era tahun yang dikatakan sebagai norma baharu?

Ketika kita ‘dihadiahkan’ masa yang terlalu banyak dalam tempoh PKP tersebut apakah kita tetap bersyukur dengan apa yang kita hadapi selama ini. Banyak isu dan kupasan mengenai situasi kehidupan dari masa ke semasa yang dihadapi dengan cabaran baharu.

Faktor ekonomi umumnya menjadi salah satu cabaran dalam kehidupan kita pada hari ini. Ekoran wabak pandemik Covid- 19 ini banyak memberi kita ‘pengajaran’ dalam memproses jati diri dan semangat memulihkan kehidupan seharian. Bukan sahaja negara kita (Malaysia) malah seluruh dunia turut terjejas ketika isu ini masih lagi tercari- cari penawarnya.

Bagi jemaah yang sepatutnya berlepas awal bagi melaksanakan ibadah haji pada tahun ini turut ditunda perjalanannya dan menjadikan ia satu proses penantian kesabaran yang cukup tinggi.

KAKITANGAN Tabung Haji Malaysia membantu jemaah yang menunaikan Haji setiap tahun. Foto Hiasan.

Jesteru marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran sempena Hari Raya Korban yang akan disambut tidak lama lagi. Keberadaan kita pada hari ini adalah tentang ‘pengorbanan’ yang telah kita lalui dalam tempoh yang amat sukar. Inilah Norma Baharu.

Semoga kita atau yang sedang membaca penulisan ini senantiasa diberi rahmat dan kesenangan berpanjangan dalam menghadapi cabaran- cabaran mendatang.- MEZQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here