Peluang melaksanakan Ibadah Korban bersama Yayasan EZ Prihatin

0
595

oleh: TIM EDITORIAL EZ QURBAN
mediaezqurban@gmail.com

KUALA LUMPUR 7 JULAI 2020- Buat julung kalinya EZ Qurban Sdn Bhd akan menganjurkan program ibadah korban di dalam negara untuk umat Islam yang berhajat melakukannya pada Aidiladha tahun ini.

Program kerjasama sepenuhnya dengan Yayasan EZ Prihatin (YEZP) bersama penternak- penernak domestik bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk menyaksikan sendiri perlaksanaan ibadah korban yang akan dijalankan di lokasi- lokasi terpilih.

Menurut Pengarah Pemasaran Ez Qurban, Ahmad Fadzlullah Hassanuddin program yang akan berlangsung ini akan sepenuhnya dilakukan oleh pasukan YEZP termasuk agihan daging sembelihan tersebut.

” Ini adalah produk terbaharu daripada kami di EZ Qurban kerana selama 13 tahun perlaksanaan ibadah korban hanya di luar negara tetapi pada tahun ini kami memberi peluang kepada masyarakat atau pelanggan kami melaksanakannya di dalam negara. Proses perlaksanaan dari penyembelihan dan agihan untuk penerima telah ditetapkan oleh YEZP.

” Kami di EZ Qurban sebagai perantara perkhidmatan untuk pengurusan akad dan proses pendaftaran korban bagi tahun ini termasuklah penyertaan di luar negara”, jelasnya ketika ditemui media ez qurban di pejabatnya di Batu Caves Centrepoint pagi tadi.

Pengarah Pemasaran Ez Qurban, Ahmad Fadzlullah Hassanuddin

Perbincangan lanjut telah diadakan dengan beberapa penternak lembu di daerah Selangor bagi membantu merealisasikan jumlah permintaan bekalan sekiranya berlaku di luar jangkaan ketika pendaftaran kini masih dibuka penyertaannya sehingga 12 Julai ini.

Tambahnya sehingga hari ini pendaftaran dari masa ke semasa sedang meningkat jumlah permintaannya dengan penetapan harga RM 650 bagi satu bahagian lembu.

Program ibadah korban di dalam negara ini bukanlah kali pertama dilaksanakan cuma pada tahun kebelakangan ini ibadah tersebut hanya dilakukan secara tertutup dan tidak dibuka kepada umum. Ia hanyalah untuk pengurusan dalaman dan kakitangan sahaja yang menyertainya.

” Perlaksanaan ibadah korban ini akan tetap mengikut prosuder operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah digariskan beserta laporan pendek pada hari perlaksanaan akan turut dimuatkan ke dalam media sosial EZ Qurban bagi pelanggan yang tidak dapat hadir ke lokasi penyembelihan”, jelasnya lagi.

Dalam pada itu Ahmad Fadzlullah turut menambah perlaksanaan ibadah korban di luar negara tetap diteruskan walaupun pintu sempadan negara masih belum dibuka dengan penetapan perancangan melalui talian bersama wakil EZ Qurban yang berpengalaman di 35 buah negara perlaksanaan sebelum ini. MEZQ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here