PECUTAN AKHIR !!!

2
593

Begitu pantas masa berlalu, seakan-akan tidak terasa sudah hampir sebulan umat islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Kini, kita sudah berada fasa terakhir. Ada yang sibuk membuat persiapan menyambut lebaran. Namun disamping itu, janganlah kita lupa dan leka sehingga mengabaikan waktu keemasan ini dengan mengerjakan amal ibadah di malam Lailatul Qadar iaitu pada malam 10 akhir Ramadan.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menunjukkan contoh terbaik, apabila masuknya 10 hari terakhir Ramadan, baginda akan lebih bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadah, terutama pada waktu malam.

Hal ini berdasarkan sebuah hadith. Diriwayatkan Aisyah R.Anha, beliau berkata yang bermaksud:

Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. (Riwayat Ibnu Hibban)

Dalam hadith yang lain, sabda baginda SAW yang bermaksud:
Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil”. (Riwayat Ahmad)

Di samping itu juga, kita masih berpeluang untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda melalui ibadah sedekah dengan memberi makan kepada orang berbuka puasa.

Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Justeru, kami mengajak anda untuk melaksanakan Ibadah Akikah di bulan Ramadan ini. Daging-daging akikah tersebut akan diagihkan secara mentah kepada golongan asnaf fakir miskin, pelarian dan golongan yang amat memerlukan.

IKLAN: PENDAFTARAN AKIKAH RAMADAN MASIH DI BUKA.
TARIKH TUTUP: 20 MEI 2020 / 27 RAMADAN 1441H

HUBUNGI 013-238 6000 ATAU LAYARI www.ezqurban.org UNTUK PENDAFTARAN.

Laksanakan Ibadah Akikah bersama EZ Qurban kini lebih mudah dengan Billplz

2 COMMENTS

  1. Ustaz, nak tanya.

    Kalau sedekah kita buat “recurring payment” atau “auto debit” setiap bulan. Adakah amalan sedekahnya sama macam kita manual bayar hari2 beserta lafaz niat?

    “Sahaja aku bersedekah seikhlas hati kerana Allah”

    • Ye, sama saja dengan amalan sedekah yang dilakukan seperti biasa. “recurring payment” atau “auto debit” itu cuma kaedah pembayaran sahaja. Apapun amalan sedekah itu diterima oleh Allah SWT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here