Oleh: Munirah Natasha

Muhammad Solahuddaim bin Ariffin adalah Pencetus kepada penubuhan Digital Marketing Ez Qurban umumnya.

Ini dibuktikan semasa menjalankan tugas ke luar negara di Chad melalui penghasilan video Kembara Korban Chad 2018 mendapat perhatian ramai sekali gus menonjolkan bakatnya dalam bidang ‘Digital Marketing’ yang mula dilihat oleh Pengurus Ez Qurban, Ustaz Hafeez Firdaus.

Korban Chad 2018

Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik berketurunan Jawa dan dilahirkan di Klang.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Biomolekul di UITM Shah Alam dan seorang yang sangat berseni dalam penulisan serta kata-katanya.

Memulakan kerjayanya di EZ Qurban sebagai pekerja sambilan di bahagian ‘customer service’ pada awal tahun 2017 seterusnya diserap sepenuh masa pada penghujung tahun.

Korban Sri Lanka 2019

Ez Qurban memberi peluang dan pendedahan kepada beliau untuk ke luar negara selaku urusetia Program Kembara Korban. Bermula pada tahun 2018 beliau ditugaskan ke Kem Pelarian Rohingya bagi menguruskan Program Prihatin Ummah (Akikah Ramadhan) sekali gus membuat pantauan Wakaf Perigi di negara tersebut.

Oleh kerana komited dalam melaksanakan tugas, beliau diberikan amanah menjadi urusetia Program Kembara Korban di Chad, Afrika dan sekali lagi ditugaskan untuk turun ke Palu, Indonesia bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sana.

Semoga segala usaha yang dilakukan dan tanggungjawab yang telah disempurnakan sepanjang bertugas di Ez Qurban dapat dimanfaatkan sekali gus dipraktikkan di masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here