OKU Cacat Penglihatan Kumpul RM 1 Demi Ibadah Korban

0
304

oleh TEAM EDITORIAL
mediaezqurban@gmail.com

KUALA LUMPUR 29 JULAI 2020- MENJELANG dua hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha memberi pengertian bermakna bagi seorang warga emas yang cacat penglihatan (buta) menunaikan ibadah korban pada tahun ini hasil mengumpul dari jualan tisu kepada orang awam.

Mohamad Mor, 67, berasal dari Segamat, Johor yang kini telah menetap di Cheras Kuala Lumpur hadir sendiri dengan membawa segulung wang kertas berisi RM 1 dan RM 5 ke Ibu Pejabat EZ Qurban Sdn Bhd di Batu Caves Centrepoint Gombak melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Duit kertas yang dikumpul sejak awal tahun ini sehingga jumlah terkumpul bagi satu bahagian lembu yang telah berjaya direkodkan pengesahan penyertaan oleh wakil akad Muhammad Zulfadhli Mohamad Zain di kaunter pendaftaran korban petang semalam.

Penyerahan wang RM 1 dan RM 5 yang dikumpul Mohamad Mor.

” Saya mula mengumpul wang ringgit ini sejak awal tahun ini. Alhamdulillah ini kali kelima pakcik membuat ibadah korban sejak 2016 .

” Pakcik memang selesa dengan perkhidmatan yang diberikan. Walaupun pakcik tidak berupaya untuk melihat namun Rezeki ALLAH sentiasa memberi ruang pakcik membuat ibadah korban setiap tahun tanpa halangan,” jelasnya ketika ditemui media ezqurban sejurus selesai membuat akad petang semalam.

Mohamad Mor yang cacat penglihatan dilihat mentafsir dirinya sebagai insan kurang upaya menyeru warga yang senasibnya menyertai juga ibadah korban.

” Alhamdulillah pakcik berbesar hati menyeru sahabat senasib pakcik melakukan ibadah korban. Biarpun ibadah ini sunat muakad namun pengertian korban ini terlalu banyak untuk dihayati.

” Selain itu pakcik juga mahu menjadikan ini sebagai penanda aras amal jariah yang pakcik lakukan kerana ALAH Taala dan mahu bersama- sama umat islam meraikan penghayatan korban, jelasnya lagi.

Mohamad turut berpesan kepada golongan berkemampuan lebih-lebih lagi yang mempunyai fizikal sempurna tidak sepertinya lakukan amal jariah selagi mana hayat dikandung badan. Jadikan dunia ini untuk beramal bagi bekalan di alam barzakh katanya mengakhiri perbualan.

Menurutnya segala ibadah yang dilakukan bukanlah mengharap belas ihsan orang sebaliknya menenunaikan kerana ALLAH Taala- MEZQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here