Mengapa di Syariatkan Ibadah korban- Imam Masjid Wilayah Persekutuan

0
305

oleh : TIM EDITORIAL
[email protected]

” Korban ini satu nilai yang besar”.

Kata- kata itu dilontarkan oleh Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim, semasa wawancara khas media EZ Qurban di Kuala Lumpur baru- baru ini.

Menurut beliau ibadah korban bukan sekadar ibadah, malah apabila kita sudah meninggal dunia maka ibadah korban ini tidak boleh lagi dilakukan.

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim

” Melakukan ibadah korban adalah syariat kecintaan kita kepada Allah SWT.

” Seperti mana yang disebut daripada hadis sendiri makna korban bukan kepada fakir, sebenarnya kepada Allah SWT”, jelasnya.

Jelas dinyatakan daripada hadis Rasulullah SAW mengenai korban ini yang membawa maksud bertujuan semata- mata kerana Allah Taala dan bukannya bertujuan memberi kepada fakir miskin.

Ustaz Mohd Zuhairee turut menyatakan persediaan dan persiapan awal perlu dirancang jika ingin melakukan korban sebelum tibanya hari perlaksanaan tersebut. Lebih- lebih lagi ketika suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

EZ Qurban membuka peluang kepada peserta yang ingin melaksanakan ibadah korban di Malaysia dan luar negara.

Keutamaan melaksanakan ibadah korban di tempat sendiri amat terbaik dan sangat diutamakan. Walaubagaimanapun jika individu ingin melakukannya di luar negara juga kaedah terbaik kerana ia dapat menyimpulkan sillaturahim dan nilai tambah dalam menyampaikan mesej dakwah dalam masyarakat di sana.-MEZQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.