oleh: TIM EDITORIAL

KUALA LUMPUR 14 MAC 2020- JANAAN teknologi yang dikuasakan oleh Billplz memudahkan pelanggan melaksanakan aqiqah bersama EZ Qurban.

Ini bermakna orang ramai yang ingin melaksanakan aqiqah dan korban tidak digalakkan hadir (dalam tempoh terdekat) ke Ibu pejabat EZ Qurban untuk membuat pendaftaran sebaliknya proses tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan dalam laman sosial Faceebook berhubung proses berjabat salam (akad) dengan pelanggan.

Ia berikutan situasi semasa COVID-19 menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),

” kami hanya akan membacakan akad perwakilan tanpa berjabat salam demi kebaikan kedua-dua pihak bagi peserta yang datang ke pejabat kami, menurut kenyataan ringkas tersebut. “

” kami juga melakukan proses ‘sanitazing’ berkala bagi memastikan tahap kebersihan yang tinggi.”

Pendaftaran aqiqah dan korban boleh dilakukan juga secara dalam talian di www.ezqurban.org atau hubungi no 03-618 619 11 untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here