Latar Belakang

ezq logo

 

organisasi-landskap2

 

 

 

 

EZ Qurban Sdn Bhd (768010-D) mula ditubuhkan pada 3 April 2007. Beroperasi di alamat No. 126-1A, Jalan 3, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, Selangor.

EZ Qurban Sdn Bhd (EZQ) merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Korban dan Akikah serta perkhidmatan sampingan yang lain seperti Fidyah, Zakat, Derma dan Wakaf. EZQ berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dalam pelaksanaan ibadah akikah dan korban agar lebih mudah dan cepat. EZQ beriltizam untuk menjadi  satu jenama perkhidmatan akikah dan korban yang diyakini dan profesional disamping dapat membantu umat Islam luar negara yang lebih memerlukan.

Antara negara perlaksanaan korban dan akikah adalah Kemboja, Bangladesh, Thailand, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina, India dan Palestin. Manakala, bagi ibadah lain seperti fidyah, zakat, wakaf dan derma diagihkan samaada dalam Malaysia atau ke negara-negara perlaksanaan korban dan akikah EZQ bergantung kepada keperluan semasa.