Lailatul Qadar – Pelaburan yang menguntungkan

1
462

Oleh: Muhammad Hafesz Firdaus
mediaezqurban@gmail.com 

Ramai yang ingin membuat pelaburan ke tempat yang boleh memberi keuntungan apatah lagi ianya memberi pulangan yang sangat besar disamping tiada risiko yang dihadapi. Dengan risiko ianya boleh menyebabkan kerugian. Tapi siapa sebenarnya orang yang rugi? Mereka ialah orang yang tak nampak peluang walaupun sudah terhidang di depan mata.

Rahmat Allah SWT itu tersangatlah luas. Dari setahun (12 bulan) Allah menghadiahkan satu bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang sangat dimuliakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa:

كانَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أجْوَدَ النَّاسِ، وكانَ أجْوَدُ ما يَكونُ في رَمَضانَ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ، وكانَ يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضانَ فيُدارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling lembut terutama pada bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril AS menemuinya, dan adalah Jibril mendatanginya setiap malam di bulan Ramadhan, dimana Jibril mengajarkannya Al-Quran. Sungguh Rasulullah SAW orang yang paling lembut daripada angin yang berhembus“. (HR Sahih Al Bukhari : 3220)

Dan di bulan Ramadhan inilah turunnya Al-Quran yang memberi petunjuk buat kita semua. Firman Allah SWT:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: “Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia“. (Surah Al-Baqarah : 185)

Di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, terdapat satu malam yang dijanjikan oleh Allah SWT satu pulangan yang jauh berganda malah menguntungkan. Tiada kerugian ke atasnya jika melabur pada malam itu. Pelaburan untuk satu malam tapi menyamai usaha 83 tahun. Adakah kita pasti akan hidup selama itu? Firman Allah SWT:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan“.(Surah Al-Qadr: 3)

Bagaimana mulianya pada malam tersebut turunnya para malaikat dan malaikat Jibril membawa rahmat atas perintah Allah SWT. Dan beruntunglah jika doanya pada malam tersebut diaminkan mereka.

Kemudian Allah SWT berfirman lagi:

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan“. (Surah Al-Qadr : 4)

Dan pada malam itu juga akan diampunkan segala dosa. Diriwayatkan dalam sebuah hadith:

عن أبي هُرَيرةَ رضِيَ اللهُ عنهُ عنِ النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّمَ أنَّه قال: مَن  يَقُمْ  ليلةَ  القَدْرِ إيمانًا  واحتسابًا، غُفِرَ له ما تَقدَّمَ من ذَنبِه.

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Barangsiapa yang bangun pada malam Al-Qadar kerana iman dan mengharapkan redha Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu“. (HR Sahih Al Bukhari: 35 & Muslim: 760)

Sempena kehadiran bulan Ramadhan, Ez Qurban juga membuka peluang kepada umat Islam untuk melaksanakan aqiqah di dalam bulan Ramadhan bagi merebut ganjaran memberi makan orang berbuka puasa.

Dengan seekor kambing aqiqah yang terlaksana, kita menambah nilai (pahala ibadah) dengan menjamu sehingga 30 orang berbuka puasa kepada umat Islam yang sangat memerlukan.

Semoga Allah menerima segala amal kebaikan yang kita lakukan.

IKLAN: PENDAFTARAN AKIKAH RAMADAN MASIH DI BUKA SEHINGGA 20 MEI 2020. HUBUNGI 013-238 6000 ATAU LAYARI www.ezqurban.org UNTUK PENDAFTARAN.

Laksanakan Ibadah Akikah bersama EZ Qurban kini lebih mudah dengan Billplz.

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here