Korban Terbaik Di Tempat Sendiri- Ustaz Hafeez Firdaus Toharudin

0
277

oleh: TIM EDITORIAL
[email protected]

KUALA LUMPUR 10 JULAI 2020- 9 dan 10 Zulhijjah takwim Islam merupakan hari penting bagi umat Islam seluruh dunia. Ini kerana pada hari tersebut ia boleh ditakrifkan sebagai Hari Kesempurnaan Agama Islam.

9 Zulhijjah berlaku Haji Wada’ yang dikenali sebagai Hari Arafah. Manakala Hari Raya Korban jatuh pada 10 Zulhijjah.

Allah berfirman di dalam Surah Al Maidah Ayat 3 di mana ianya merupakan ayat terakhir al-Quran yang diturunkan.

” الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلامَ دِيناً”

Maksudnya : “Hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku telah redha agama Islam ini menjadi agama kamu”.

Daging korban ditimbang dan dibungkus sebelum diagihkan kepada penduduk semasa majlis Ibadah Qurban di Masjid Ar- Rahman, Teluk Ramunia, Pengerang, Johor pada 2014. Foto Arkib: MOHD NAIMAZIZ / MEZQ

Pengurus EZ Qurban Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin berkata ia adalah hari ulangtahun untuk agama Islam umumnya sama seperti ulangtahun kelahiran kita, anak kita, ibu bapa kita waima isteri tersayang juga.

“Hari ulangtahun ini khusus disambut kemeriahannya dengan perlaksanaan korban di tempat sendiri.

“Malah kami di sini senantiasa mewarwarkan tentang ibadah korban setiap tahun bagi tujuan meraikan hari ulangtahun agama Islam (Aidil Adha) jelasnya ketika di wawancara media Ez Qurban di ibu pejabatnya di Batu Caves Centrepoint, Gombak baru-baru ini.

Aidil Adha merupakan nilai kasih sayang kita kepada Allah dengan melaksanakan ibadah korban tersebut. Walaupun ia bukanlah wajib namun perancangan untuk perlaksanaannya haruslah dilakukan awal seperti mana kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya Aidilfitri adalah konsep menzahirkan kasih sayang kita kepada keluarga. Sebagai contoh persiapan dengan pakaian, makanan, kepelbagaian kuih muih mahupun sampingan duit raya untuk anak-anak.

Sebaik-baiknya memang melakukan ibadah korban ditempat sendiri adalah diutamakan. Persiapan awal seharusnya dilakukan dengan pemilihan lembu yang terbaik, sihat dan paling utama dapat memberi manfaat (agihan) kepada orang.

ANGGOTA tentera dari Rejimen Kedua Kor Armor DiRaja Kem Sunggala, Port Dickson bergotong- royong membantu penduduk melapah lembu korban semasa majlis Ibadah Qurban di Masjid Ar- Rahman, Teluk Ramunia, Pengerang, Johor pada 2014. Foto Arkib: MOHD NAIM AZIZ / MEZQ

Lebih-lebih lagi jika kita mampu menyembelihnya sendiri. Jika tidak mampu, cukup dengan hanya menyentuh ataupun melihat sendiri binatang sembelihan korban tersebut.

“Waktu ini (ibadah korban) adalah masa terbaik untuk berniat serta berdoa dan inilah yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri di tempat sendiri,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi ibadah korban ini bukanlah hanya semata-mata untuk memberi makan (agihan) kepada fakir miskin tetapi konsep kecintaan kita kepada Pencipta. -MEZQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.