KORBAN 2020: Latihan di Lapangan Beri Pengalaman Berharga

0
434
PENYELIA Unit Khidmat Pelanggan (Media Sosial ),Siti Sarah Mohd Mokhtar Rozaidi (kiri) memberi tunjuk ajar berkaitan proses operasian kepada staff pengambilan baharu di Ibu pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint, Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ
PENYELIA Unit Khidmat Pelanggan (Media Sosial ),Siti Sarah Mohd Mokhtar Rozaidi (kiri) memberi tunjuk ajar berkaitan proses operasian kepada staff pengambilan baharu di Ibu pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint, Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ

oleh: TIM EDITORIAL
mediaezqurban@gmail.com

KUALA LUMPUR 23 JUN 2020- MENYANTUNI pelanggan dalam talian komunikasi di Unit Khidmat Pelanggan bagi perkhidmatan ibadah korban yang dilaksanakan berjaya membawa seorang peserta mendaftarkan diri dalam program perlaksanaan program ibadah korban pada tahun lalu.

Ini dibuktikan oleh Noor Diana Mohd Affandi, 24, graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dalam jurusan Usul Fiqh berkongsi pengalaman bertemu pelanggan yang sendiri hadir membawa duit syiling terkumpul bagi melaksanakan ibadah korban bagi pihaknya.

PENYELIA Unit Khidmat Pelanggan (telefonis), Muhammad Amir Zahari mendengar dialog sesi latihan kakitangan baharu di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint ,Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ

” Itu antara pengalaman manis ketika saya bertugas di EZ Qurban pada tahun lalu. Disebabkan tugas menyantuni pelanggan dalam talian telefon maka wujud satu perasaan seronok dapat menjadikan impian peserta menjadi realiti dan disebabkankan itulah saya turut serta kali kedua menjadi sebahagian daripada kakitangan sementara (part- time) untuk musim ini”, jelasnya ketika di wawancara mediaezq di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint, Gombak, Selangor pagi tadi.

Hari ini kesemua petugas baharu (part- time) yang melaporkan diri semalam telah dibawa ke unit masing- masing untuk perlaksanaan latihan dan tugasan di lapangan.

SESI latihan di unit Khidmat Pelanggan (telefonis) di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint ,Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ

Proses pembahagian ke unit masing- masing dikendalikan oleh penyelia bertugas dan memberi tunjuk ajar pendedahan berkaitan operasi perlaksanaan ibadah korban pada tahun ini.

Noor Madieha Mohd Affandi,19, antara salah seorang petugas baharu yang ditemui menyifatkan satu cabaran buat dirinya apabila diterima menyertai bekerja disitu.

” Walaupun hanya dalam tempoh sementara, saya perlu cekap belajar dan menerima persekitaran baharu disebabkan tumpuan khusus penyertaan korban pada tahun ini agak unik.

” Ini disebabkan pandemik Covid- 19 yang masih lagi aktif walaupun keadaan kini sudah terkawal ketika diwawancara mediaezqurban pagi tadi.

TAG nama diletakkan bagi sesi pengenalan semasa sesi latihan di unit khidmat pelanggan (telefonis) di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint ,Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ

Penuntut tahun pertama dalam bidang perubatan di Universiti Mymensingh Medical College, Bangladesh ini menyifatkan pengalaman baharu dalam bidang pengurusan ibadah korban ini memberikan satu enigma dalam kelas pentadbiran perlaksanaan korban di luar negara.

Noor Madieha yang ditempatkan di Unit Perkhidmatan Pelanggan (media sosial) turut mendapat khidmat nasihat terbaik daripada kakaknya Noor Diana yang juga sudah berpengalaman selama dua tahun berturut- turut bertugas sepanjang perlaksanan ibadah korban sejak 2019 lagi.

RUANG untuk pelanggan untuk membuat pendaftaran Korban 2020 di Ibu pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint, Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ

Dalam perkembangan lain sistem pendaftaran ibadah korban untuk 2020 ini sudah dibuka penyertaannya sehingga 1 Ogos nanti. Ruang kaunter pendaftaran juga telah diubahsuai untuk keselesaan pelanggan yang sendiri hadir ke Ibu pejabat bagi membuat bayaran dan akad perlaksanaan. MEZQ.

RUANG parkir khas disediakan untuk keselesaan pelanggan yang hadir di Ibu Pejabat EZ Qurban Sdn Bhd di Batu Caves Centrepoint ,Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ
PENYATA harga dan teks akad diletakkan di meja pendafaran bagi memudahkan pelanggan di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint ,Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ
IMBASAN qr kod bagi pengesahan zon pandemik Covid-19 turut diletakkan bagi mematuhi prosuder operasi standard (SOP) di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint ,Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ
SEORANG kakitangan baharu meneliti skrip jawab panggilan untuk pelanggan semasa sesi latihan di unit Khidmat pelanggan (telefonis) di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint ,Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ
PELANGGAN mangaminkan doa sejurus selesai akad pendaftaran korban 2020 di Ibu pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint, Gombak, Selangor. Foto: MEZQ / MOHD NAIM AZIZ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here