KORBAN 2020: 40 petugas melapor diri di EZ Qurban

0
707

oleh: TIM EDITORIAL
mediaezqurban@gmail.com

KUALA LUMPUR 22 JUN 2020-Seramai 40 kakitangan sementara (part-time) yang terdiri daripada lepasan graduan dan penuntut Universiti melapor diri untuk memulakan tugasan bagi tempoh kesiap siagaan perlaksanaan ibadah korban pada tahun ini di Ibu pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint, Selangor pagi tadi.

Kesemua mereka diberi taklimat pengurusan dan prosuder operasi standard (SOP) mengenai perjalanan ibadah korban dan sistem gerak kerja dalam suasana pandemik Covid-19 terkini.

Ahmad Fadzlullah Hasanuddin, Pengarah pemasaran EZ Qurban memberikan sedikit taklimat berkaitan pengurusan EZ Qurban.

Taklimat dimulakan dengan Pengarah Pemasaran EZ Qurban, Ahmad Fadzlullah Hasanuddin mengenai latar belakang operasi syarikat dan negara- negara perlaksanaan untuk tahun sebelumnya.

Menurutnya tahun ini merupakan cabaran baharu perlaksanaan ibadah korban berikutan pandemik Covid – 19 yang masih lagi belum pulih seantero dunia dan tumpuan secara khusus sudah tentunya dijangkakan meningkat pendaftarannya secara dalam talian.

EZ Qurban berpengalaman selama 13 tahun dalam perlaksanaan korban di luar negara dengan rekod 35 buah negara telah berjaya dilaksanakan.

Anugerah Jabir Ibn-Hayyan turut diterima pada awal tahun ini merupakan jenama pilihan rakyat Malaysia dalam organisasi profesional perlaksanaan ibadah korban tersebut.

Selain itu pengiktirafan organisasi pertama memperolehi sjil SIRIM MS ISO 9001:2015 dalam kategori pengurusan profesional.

Ustaz Hafeez memberikan penerangan ringkas berkaitan operasi EZ Qurban sepanjang musim korban 2020

Dalam perkembangan lain Pengurus EZ Qurban, Ustaz Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin turut menyampaikan taklimat khusus berkaitan perolehan tugas kakitangan dan pecahan sektor unit jabatan.

Empat sektor unit dibahagikan iaitu khidmat pelanggan, operasi dan pentadbiran, kewangan dan logistik. Kesemua petugas akan memulakan penempatan bermula esok.

Kesemua mereka juga diberi taklimat khusus bagi pengertian hukum hakam berkaitan pemahaman ibadah korban bagi menjawab persolan yang timbul khususnya semasa proses pendaftaran pelanggan.

Ustaz Amirul memberikan penerangan berkenaan Aqiqah dan Korban

Penjelasan terperinci dan soal jawab berkaitan ibadah korban itu disampaikan oleh pegawai syariah, Ustaz Mohd Amirul Kamarudin. -MEDIAEZQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here