Konsep Aqiqah

0
1625

Takrif Aqiqah

Aqiqah daripada segi bahasa bermaksud rambut di atas kepala bayi ketika dilahirkan.

Pada syarak pula bermaksud haiwan ternakan yang disembelih ketika mencukur rambut di kepala bayi.

Dalil Aqiqah

Dalil disyariatkan aqiqah itu ialah berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat Abu Daud (1522)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad (sangat dituntut).

Pembahagian Aqiqah

Berdasarkan hadis Siti Aisyah r.ha katanya:

Sabda Nabi SAW yang menyebutkan:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.

Riwayat Abu Daud (2842)

Berdasarkan hadith di atas, asal bagi aqiqah untuk anak lelaki adalah dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan pula adalah seekor kambing. Ini adalah tertib yang terbaik bagi seseorang jika ingin melakukan ibadah aqiqah.

Hikmah Aqiqah

Aqiqah dilakukan sebagai menyahut seruan Nabi Muhammad SAW bagi menzahirkan perasaan gembira dan tanda kesyukuran atas nikmat kurniaan nasab keturunan.

Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here