Kisah Suzi…Srikandi Tidak Didendang!

0
794

SEAWAL  jam 7 pagi, kumpulan kami bersama Yayasan EZ Prihatin bergerak ke Batang Kali, Hulu Selangor bagi menyantuni Program Tautan Silaturrahim di Masjid Jamek Kampung Sungai Masin.

Program ini bertujuan meraikan orang asli Kampung Songkok yang bakal menjadi saudara baru.

Seramai 11 orang akan melafazkan syahadah dalam majlis yang diraikan secara sederhana ini.

Pihak kami menyampaikan sedikit sumbangan saguhati untuk tujuan pembelajaran saudara baru, ia adalah hasil kutipan penderma-penderma di kalangan peserta EZ Qurban dan penyumbang di Tabung Yayasan EZ Prihatin.

Semoga sumbangan kalian menjadi saham yang bernilai di akhirat kelak.

Di sinilah kami mengenali susuk tubuh yang bernama Suzi. Beliau merupakan sukarelawan yang aktif menjalankan aktiviti kemanusiaan di dalam negara khususnya di kepulauan Borneo.

Beliau yang baru setahun jagung memeluk Islam telah berjaya ‘melembutkan hati’ lebih kurang 30 orang penduduk Kampung Songkok.

Pada mulanya, Masjid Jamek Kampung Sungai Masin ini adalah tempat beliau belajar lebih mendalam tentang Islam. Dari situlah Suzi mula mengenali kelompok orang asli Kampung Songkok.

Orang asli Kampung Songkok asalnya mempercayai agama nenek moyang (animisme). Populasi mereka sekitar 120 orang penduduk.

Mereka mendiami rumah hasil bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Sebuah rumah berkeluasan 700 kaki persegi dikongsi bersama tiga hingga lima buah keluarga.

Punca pendapatan mereka sepenuhnya datang dari hasil hutan seperti buluh yang dijual kepada peraih.

Purata pendapatan penduduk di sini sekitar RM500 sahaja sebulan.

Hal ini menjadi ‘tembok penghalang’ komunikasi antara mereka dengan masyarakat luar kerana jurang ekonomi yang sangat berbeza.

Insya-Allah kami akan terus berusaha untuk membantu sosio ekonomi penduduk Kampung Songkok dan proses pembelajaran Islam buat saudara-saudara baru di sana.

Sokongan dan bantuan dari kalian amat kami alu-alukan.

Untuk menyalurkan sumbangan untuk program-program kemanusiaan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menyalurkannya ke akaun Yayasan EZ Prihatin; MAYBANK: 562405633644 atau hubungi kami di facebook YAYASAN EZ PRIHATIN.

Semoga Allah merahmati kita semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here