Keutamaan Solat Tarawih

0
359

Oleh: MUHAMMAD HAFEEZ FIRDAUS TOHARUDIN
mediaezqurban@gmail.com

Ramadan itu datang setahun sekali dalam kehidupan kita. Ada yang senantiasa menunggu Ramadan. Pengakhirannya Ramadan terlalu naif buat kita.

Bercakap tentang Ramadan sudah pasti tentang menahan lapar dan dahaga. Itu sekadar singgaah dibibir. Ironinya Ramadan bulan yang penuh keberkatan di antara bulan bulan Islam yang lain.

Pengimarahan dalam Ramadan hanya satu. Penulis ingin berkongsikan tentang uniknya kedatangan Ramadan.

Mengerjakan ibadah di dalam bulan Ramadan ini umum. Umum yang boleh dikategorikan sebagai ibadah harian yang kita selalu buat. Akan tetapi keunikan ibadah selain ganjaran berganda ia pastinya meninggalkan kesan kepada kita.

Solat terawih umumnya. Walaupun ianya solat sunat tetapi fadhilatnya cukup tinggi walaupun hanya dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja.

Adapun fadhilat solat terawih ini tidak disebutkan secara khusus melalui hadith. Namun, ada hadith yang menyebutkan tentang fadhilat menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amal ibadah seperti solat sunat terawih, solat witir, tadarus Al-Quran dan lain-lain lagi. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ماتقدم من ذنبه

Maksudnya: “Barangsiapa yang membangunkan Ramadan (menghidupkan malam-malamnya) dengan keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu“. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadith ini, dapatlah kita mengambil pengajaran betapa besarnya ganjaran bagi orang-orang yang menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amal ibadah.

Suasana ibadah seperti ini hanya datang setahun sekali, malah solat sunat terawih hanya boleh ditunaikan di dalam bulan Ramadan sahaja.

Oleh itu, marilah kita merebut peluang untuk menggandakan kesungguhan dalam beramal ibadah di sepanjang bulan Ramadan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here