ISRAK & MIKRAJ – Perjalanan Kekasih kepada Kekasih

0
389

Oleh : USTAZ MOHD AMIRUL KAMARUDIN
mediaezqurban@gmail.com

Tanggal 27 Rejab sudah menjadi tarikh keramat bagi seluruh umat Islam khususnya di Malaysia untuk memperingati peristiwa Israk dan Mikraj pada setiap tahun.

Peristiwa agung yang mengisahkan sebuah perjalanan baginda Nabi SAW daripada Masjidil Haram, Mekah menuju ke Masjid Al-Aqsa, Palestin sehinggalah baginda dibawa naik ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla.

Kisah ini dirakamkan di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah SWT:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram menuju ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Peristiwa ini membuktikan kebesaran Allah SWT yang maha berkuasa mampu untuk memperjalankan hamba-Nya dengan roh dan jasad baginda pada satu malam sahaja. Dan kisah inilah yang menjadi kayu ukur buat baginda untuk membezakan antara iman dan kufur di kalangan bangsa Quraisy.

Bagi golongan yang tidak beriman, sudah pasti mereka akan menafikan peristiwa ini kerana ianya berlaku dalam masa yang begitu singkat, malah mereka mempersenda dan memperolokkan apa yang telah disampaikan oleh baginda Nabi SAW. Manakala bagi orang yang beriman, mereka tetap yakin dan percaya bahawasanya inilah bukti kekuasan dan keagungan Allah SWT serta kemuliaan kekasihnya, baginda Nabi SAW.


Kesimpulan

Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah SWT. Kerana setiap perkara yang berlaku adalah dibawah penguasaan dan aturan-Nya, meskipun ianya mustahil untuk diterima oleh logik akal manusia.

Kini, dunia sedang dilanda wabak Covid-19 yang sangat merbahaya. Negara kita juga tidak terkecuali daripada terkena serangan virus tersebut yang belum diketahui apakah penawarnya.

Justeru, marilah kita bersama-sama berdoa memohon perlindungan dan penyembuhan daripada Allah SWT, agar dijauhkan daripada segala wabak penyakit yang sedang menular ini.

Semoga Allah memberkati kita di dalam bulan Rejab dan Sya’ban, serta dipertemukan di dalam bulan Ramadan. Amin.

IKLAN: PENDAFTARAN AQIQAH RAMADAN MASIH DI BUKA. HUBUNGI 013 238 6000 ATAU LAYARI www.ezqurban.org UNTUK PENDAFTARAN.

Laksanakan Ibadah Akikah bersama EZ Qurban kini lebih mudah dengan Billplz



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here