EZ Qurban laksana program Prihatin Ummah 2020

0
195

ULANGSIAR KERATAN AKHBAR
BERNAMA – Ahad, 03 Mei 2020

KUALA LUMPUR, 3 Mei — RAMADHAN tahun ini EZ Qurban Sdn. Bhd akan melaksanakan Program Prihatin Ummah 2020 (PPU) kali ke -11 dengan perlaksanaan akikah Ramadhan melibatkan 11 buah negara.

Antara negara yang terlibat dalam program ini adalah Kenya, Ethopia, Sri Lanka, Bangladesh, Laos, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia dan Kem Pelarian Arakan di Myanmar.

Program perlaksanaan ini bertujuan menyelesaikan hajat tertangguh dan memberi peluang bagi rakyat Malaysia yang ingin melangsaikan tuntutan aqiqah anak dalam bulan Ramadhan ini. 

Dengan modal RM 580 bagi seekor kambing peserta akan mendapat pulangan ganjaran pahala melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini.

Program PPU ini juga akan mengagihkan daging aqiqah kepada umat Islam memerlukan selain berbuka puasa bersama termasuk golongan anak-anak yatim di sana. 

Pendaftaran dalam talian sudah dibuka dan tarikh tutup adalah pada 20 Mei ini.

— BERNAMA

Sumber:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1837976

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here