COVID-19: KITA HARAPAN MALAYSIA!. -JANGAN JADI MANUSIA YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

0
630

Oleh: Syariffuddin Supeni
mediaezqurban@gmail.com

Pelbagai pihak telah menjalankan tanggungjawab bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang dilaporkan telah meragut hampir 36,000 nyawa di seluruh dunia.

‘Barisan Hadapan’ yang menjaga ketenteraman awam terdiri daripada pihak PDRM, ATM dan RELA terutamanya sekali kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sanggup mempertaruhkan ‘nyawa’ dan masa ‘berharga’ untuk bersama keluarga iaitu barisan doktor, jururawat termasuk kakitangan sokongan. Kesemua mereka sanggup berkorban untuk kita.

PDRM melakukan sekatan jalan raya bagi memastikan PKP berjalan seperti yang dirancang (Sumber NSTP)

Apa pula peranan kita?

Duduk di rumah dan jaga diri sendiri sehingga berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berakhir. Tampak mudah, tetapi ada yang masih ingkar!

Tolonglah DUDUK DI RUMAH. TOLONGLAH.

Kasihanilah mereka semua sehingga sanggup ‘mengabaikan’ keluarga mereka sendiri. Ada yang ditinggalkan suami atau isteri. Ada juga terpaksa dalam rela meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Ada juga yang masih menyusu badan!.

Barisan Hadapan sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kita (Sumber Harian Metro)

Mereka ada pilihan untuk pentingkan diri dan keluarga sendiri, tetapi mereka tidak berbuat demikian demi keselamatan dan keselesaan kita.

Masih ada segelintir daripada kita yang memilih untuk melanggar arahan PKP hanya kerana alasan BOSAN DUDUK DI RUMAH!

Pesara Kesihatan kembali menyarung uniform untuk membantu Barisan Hadapan (Sumber KKM)

Kasihan buat majoriti penduduk yang patuh dengan arahan PKP. Latar belakang setiap orang berbeza-beza.

Ada yang bernasib baik masih boleh makan gaji. Ada yang putus sumber pendapatan akibat tempoh PKP ini.

Kesemua kita berharap dengan patuhnya arahan PKP ini secara konsisten akan berakhir wabak Covid-19 ini dan tidak mustahil tempoh PKP ini tidak berlanjutan.Ubah sikap pentingkan diri sendiri.

Golongan yang menerima tempias akibat PKP (Sumber Harian Metro)

Terbaharu Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan tempoh dua minggu akan datang bergantung kepada kita. Ya kita.

“KITA PENENTU MASA DEPAN NEGARA !”

Hal ini bersesuaian dengan slogan EZ Qurban:

“Keutamaan Untuk Anda, Keperluan Untuk Ummah”

Apa yang anda buat bukan untuk diri anda sendiri tetapi kesannya juga kepada orang lain.

Fikir-fikirkanlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here