[BAHARU DI EZ QURBAN] AQIQAH DI MALAYSIA!

SELEPAS DISEMBELIH, DAGING diagih kepada yang memerlukan oleh yayasan ez prihatin ATAU anda boleh AMBIL DAGING MENTAH DI SHAH ALAM.

Pakej bermula RM1199/ekor kambing.

Rakan Pelaksana:
Colla Cattle Farm

Colla Cattle Farm (COLLA) yang dikelola oleh Colla Niaga Sdn Bhd merupakan syarikat milik 100% Bumiputera Islam yang menjalankan perniagaan penternakan lembu, kambing serta bebiri ke pasaran tempatan sejak tahun 2017. COLLA juga turut membekalkan daging segar ke pasaraya-pasaraya di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang secara harian.

COLLA memiliki 2 buah ladang ternakan yang terletak di Kuala Selangor dan Sungai Tengas, Kulim yang mampu memuatkan sebanyak 1,400 ekor lembu dan 600 ekor kambing/bebiri pada satu masa. Selain itu, COLLA juga mempunyai sebuah ladang di Kanchanaburi, Thailand sebagai hub pengumpulan ternakan sebelum diimport masuk ke Malaysia dan sebuah ladang di Pondok Tanjung, Perak sebagai pusat penanaman makanan ternakan (rumput Napier dsb).

Setelah 3 tahun beroperasi, COLLA mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan Program Ibadah Korban dan Aqiqah untuk memenuhi permintaan tempatan.

Untuk Setiap Penyertaan Aqiqah

Seunit MommyHana Islamic Audio Device Bernilai RM89.90!

Klik sini untuk demo produk.

210,204 Penyertaan Aqiqah & Korban Sejak 2007

Shahrul Effendy Shukur
Shahrul Effendy ShukurFacebook Review
Read More
A trusted body to do Aqiqah..both of my son Aqiqah thru @EZ QURBAN.. easy and less hassle..certificate given...akad is a MUST... love it so much....TQ #EZQURBAN
MK Anuar Noordin
MK Anuar NoordinFacebook Review
Read More
PKP Covid 19...perkhidmatan seperti ini adalah sangat bagus...smoga EZ Qurban terus maju jaya & dpt bantu lebih ramai insan2 yg memerlukan....terima kasih😁
Akma Azri
Akma AzriFacebook Review
Read More
Saya pilh EZ Qurban kerana mudah berurusan dan yakin dgn pengurusan EZ Qurban. Terima kasih memudah urusan rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan.
Syafiq Kamil
Syafiq KamilFacebook Review
Read More
Alhamdulillah selesai aqiqah anak yang pertama mengunakan khidmat ezqurban. khidmat yang profesional dan dipercayai 👍🏻
Lailie Suriana
Lailie SurianaFacebook Review
Read More
Alhamdulillah.. 3 dr 4 anak sya melakukan ibadah aqiqah melalui ez qurban..
Zakariah Saad
Zakariah SaadFacebook Review
Read More
Alhamdulillah aqiqah utk ank sy telah pun slmt dilaksanakan pada minggu lepas dan sijil pun sy dah terima tadi.Terima kasih kerana menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan kami untukmelaksanakan ibadah aqiqah.Semoga terus maju jaya.
Baiti Yahaya
Baiti YahayaFacebook Review
Read More
Alhamdulillah saya dan suami telah aqiqahkan kedua-dua anak saya dengan menggunakan perkhidmatan EZ Qurban. Terima Kasih. Puas hati dengan perkhidmatan dan penerangan yang telah di jelaskan oleh pihak EZ Qurban.
Ima Omar
Ima OmarFacebook Review
Read More
Alhamdullilah aqiqah anak ketiga dan keempat telah sempurna dilaksanakan oleh EZ Qurban..anak ketiga dapat ketiga ramadhan,dan dilaksanakan di Bangladesh dan anak keempat di Indonesia..
Previous
Next

Mengapa Aqiqah Bersama EZ Qurban?

Dilaksana oleh pembekal ternakan yang berpengalaman

Selain memenuhi permintaan daging segar dan ternakan hidup, Colla juga mempunyai pengalaman yang luas dalam memenuhi permintaan Korban dan Aqiqah dalam pasaran tempatan sejak 2017.

Mudah - Daftar Secara Dalam Talian (Online)

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian pada bila-bila masa. Bayaran menggunakan FPX, Kad Debit atau Kad Kredit.

Pendaftaran juga boleh dilakukan secara walk-in ke pejabat kami di Batu Caves, Selangor (Google Maps/Waze: EZ Qurban Sdn. Bhd.)

Pelaksanaan dan agihan yang Fleksibel

Kami memenuhi permintaan pelaksanaan khas seperti hari ke-7, 14 atau 21 kelahiran bayi, ulangtahun kelahiran anak, Awal Muharram, pelaksanaan pada bulan Ramadhan dan sebagainya – mengikut keperluan anda!

Dari segi agihan, anda mempunyai pilihan sama ada daging tersebut diagih sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan oleh Yayasan EZ Prihatin atau anda boleh mengambil daging mentah yang telah siap dipotong di Shah Alam, Selangor.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan pengambilan daging.

Sijil dan Gambar Pelaksanaan*

Sijil Pengesahan Pelaksanaan akan diberi (pilihan sijil cetak atau e-sijil) kepada semua penyertaan.

*Hanya gambar pelaksanaan yang diberi untuk pelaksanaan aqiqah di Malaysia. Tiada video buat masa ini.

56,597 Ekor Kambing Aqiqah Telah Dimanfaatkan Umat Islam di Lebih 10 Buah Negara Sejak 2007

EZ Qurban: Jenama Korban dan Aqiqah Paling Dipercayai di Malaysia

Jabir Ibn Hayyan
Emerging Brand of the Year 2020

Dianugerahkan di Anugerah Kecemerlangan Islam 2020 anjuran Majlis Dakwah Negara. Anugerah ini adalah hasil undian orang ramai.

MS ISO 9001:2015

Sistem Pengurusan Kualiti yang telah menepati standard antarabangsa.

Pemegang 3 Rekod Kebangsaan

1. Penyertaan Terbesar dalam Program Korban.
2. Penyertaan Tertinggi dalam Program Aqiqah.
3. Organisasi Korban & Aqiqah yang Pertama Menerima Pengiktirafan MS ISO 9001:2015.

Pakej Aqiqah di Malaysia bersama EZ Qurban

Aqiqah 1 Ekor Kambing

RM 1199
00
  • PERCUMA: Seunit MommyHana Islamic Audio Device untuk setiap peserta
  • PILIHAN daging diagih kepada yang memerlukan ATAU ambil di Shah Alam
  • Sijil Pengesahan Pelaksanaan (e-sijil/sijil cetak)

Aqiqah 2 Ekor Kambing

RM 2398
00
  • PERCUMA: Seunit MommyHana Islamic Audio Device untuk setiap peserta
  • PILIHAN daging diagih kepada yang memerlukan ATAU ambil di Shah Alam
  • Sijil Pengesahan Pelaksanaan (e-sijil/sijil cetak)

Soal Jawab Aqiqah Bersama Ustaz Amirul

Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas (melaksanakannya) pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14. Jika tidak, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya. Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.

Kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Ibadah aqiqah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat meng-aqiqah-kan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya

Boleh. Jika sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh meng-aqiqah-kan anaknya, tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibu bapanya.

Boleh, jika ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri), kerana Nabi SAW juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika usia baginda 40 tahun.

Sunat menyembelih 2 ekor kambing untuk Aqiqah bayi lelaki, dan seekor kambing untuk aqiqah bayi perempuan.

Boleh, jika tidak mampu melaksanakan Aqiqah dengan 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan aqiqah tersebut pada masa yang lain.

Harus melaksanakan aqiqah untuk bayi yang telah meninggal dunia sama ada ia meninggal dalam kandungan (setelah melebihi tempoh 4 bulan) atau ia meninggal dunia sebelum sempat hidup pada hari ke-7 kelahiran, sebagai tanda syukur dikurniakan kesempatan memiliki zuriat walaupun hayatnya tidak panjang. Hukum melaksanakannya harus semata-mata, tidak disunatkan sepertimana tuntutan sunat mu’akkad ke atas pelaksanaan Aqiqah pada hari ke-7 kelahiran bayi.

Organisasi Korban & Aqiqah Pertama Menerima Pengiktirafan MS ISO 9001:2015

- The Malaysia Book of Records

Copyrights © 2007-2020 @ EZ QURBAN SDN. BHD (768010-D)




 
All Right Reserved.
No. 79-80 Jalan 3
 
Batu Caves Centrepoint
68100 Batu Caves
Selangor
Hubungi: 03-618 619 11
Emel: daftar@ezqurban.org