AQIQAH DI LUAR NEGARA.
LUASKAN MANFAAT DAGING AQIQAH ANDA KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

Laksanakannya bersama EZ Qurban, hanya RM580/ekor kambing.
Aqiqah anda diuruskan daripada pemilihan kambing sehingga proses agihan!

Aqiqah Dilaksanakan di Lebih 10 Buah Negara*

PENAFIAN: Aqiqah yang terbaik adalah dilaksanakan di tempat sendiri.

Daging aqiqah anda akan diagih kepada muslim yang memerlukan di lebih 10 buah negara.

Antara negara pelaksanaan aqiqah kami adalah Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Arab Saudi (Mekah), Kyrgyzstan, Kenya, Uganda dan Ghana.

Selepas sembelihan, daging anda akan terus diagih oleh wakil kami kepada kelompok sasar untuk manfaat harian mereka.

*Negara pelaksanaan akan dipilih secara rawak.

Untuk Setiap Penyertaan Aqiqah

Seunit MommyHana Islamic Audio Device Bernilai RM89.90!

Klik sini untuk demo produk.

210,204 Penyertaan Aqiqah & Korban Sejak 2007

Shahrul Effendy Shukur
Shahrul Effendy ShukurFacebook Review
Read More
A trusted body to do Aqiqah..both of my son Aqiqah thru @EZ QURBAN.. easy and less hassle..certificate given...akad is a MUST... love it so much....TQ #EZQURBAN
MK Anuar Noordin
MK Anuar NoordinFacebook Review
Read More
PKP Covid 19...perkhidmatan seperti ini adalah sangat bagus...smoga EZ Qurban terus maju jaya & dpt bantu lebih ramai insan2 yg memerlukan....terima kasih😁
Akma Azri
Akma AzriFacebook Review
Read More
Saya pilh EZ Qurban kerana mudah berurusan dan yakin dgn pengurusan EZ Qurban. Terima kasih memudah urusan rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan.
Syafiq Kamil
Syafiq KamilFacebook Review
Read More
Alhamdulillah selesai aqiqah anak yang pertama mengunakan khidmat ezqurban. khidmat yang profesional dan dipercayai 👍🏻
Lailie Suriana
Lailie SurianaFacebook Review
Read More
Alhamdulillah.. 3 dr 4 anak sya melakukan ibadah aqiqah melalui ez qurban..
Zakariah Saad
Zakariah SaadFacebook Review
Read More
Alhamdulillah aqiqah utk ank sy telah pun slmt dilaksanakan pada minggu lepas dan sijil pun sy dah terima tadi.Terima kasih kerana menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan kami untukmelaksanakan ibadah aqiqah.Semoga terus maju jaya.
Baiti Yahaya
Baiti YahayaFacebook Review
Read More
Alhamdulillah saya dan suami telah aqiqahkan kedua-dua anak saya dengan menggunakan perkhidmatan EZ Qurban. Terima Kasih. Puas hati dengan perkhidmatan dan penerangan yang telah di jelaskan oleh pihak EZ Qurban.
Ima Omar
Ima OmarFacebook Review
Read More
Alhamdullilah aqiqah anak ketiga dan keempat telah sempurna dilaksanakan oleh EZ Qurban..anak ketiga dapat ketiga ramadhan,dan dilaksanakan di Bangladesh dan anak keempat di Indonesia..
Previous
Next

Mengapa Aqiqah Bersama EZ Qurban?

Dilaksana dan Diagih Kepada Golongan yang Memerlukan di Lebih 10 Buah Negara

Daging akan diagih secara mentah atau dimasak kepada saudara muslim yang memerlukan di serata dunia.

Mudah - Daftar Secara Dalam Talian (Online)

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian pada bila-bila masa. Bayaran menggunakan FPX, Kad Debit atau Kad Kredit.

Pendaftaran juga boleh dilakukan secara walk-in ke pejabat kami di Batu Caves, Selangor (Google Maps/Waze: EZ Qurban Sdn. Bhd.)

Pelaksanaan yang Fleksibel

Kami memenuhi permintaan pelaksanaan khas seperti hari ke-7, 14 atau 21 kelahiran bayi, ulangtahun kelahiran anak, Awal Muharram, pelaksanaan pada bulan Ramadhan dan sebagainya – mengikut keperluan anda!

ez_qurban_kambing

Sijil dan Video Pelaksanaan*

Sijil Pengesahan Pelaksanaan akan diberi (pilihan sijil fizikal atau e-sijil) kepada semua penyertaan.

Secara berkala, video pelaksanaan secara umum juga akan diterbitkan di channel YouTube kami. Lihat disini>

*Laporan Video Pelaksanaan Aqiqah akan diberi kepada semua penyertaan kecuali Aqiqah Permintaan Ramadhan.

56,597 Ekor Kambing Aqiqah Telah Dimanfaatkan Umat Islam di Lebih 10 Buah Negara Sejak 2007

EZ Qurban: Jenama Korban dan Aqiqah Paling Dipercayai di Malaysia

Jabir Ibn Hayyan
Emerging Brand of the Year 2020

Dianugerahkan di Anugerah Kecemerlangan Islam 2020 anjuran Majlis Dakwah Negara. Anugerah ini adalah hasil undian orang ramai.

MS ISO 9001:2015

Sistem Pengurusan Kualiti yang telah menepati standard antarabangsa.

Pemegang 3 Rekod Kebangsaan

1. Penyertaan Terbesar dalam Program Korban.
2. Penyertaan Tertinggi dalam Program Aqiqah.
3. Organisasi Korban & Aqiqah yang Pertama Menerima Pengiktirafan MS ISO 9001:2015.

Pakej Aqiqah Luar Negara Bersama EZ Qurban

Aqiqah 1 Ekor Kambing

Pelaksanaan 100% Di Luar Negara
RM 580
00
  • PERCUMA: Seunit MommyHana Islamic Audio Device untuk setiap peserta
  • PERCUMA: Video Pelaksanaan Aqiqah
  • Sijil Pengesahan Pelaksanaan (e-sijil/sijil cetak)
Popular

Aqiqah 2 Ekor Kambing

Pelaksanaan 100% Di Luar Negara
RM 1160
00
  • PERCUMA: Seunit MommyHana Islamic Audio Device untuk setiap peserta
  • PERCUMA: Video Pelaksanaan Aqiqah
  • Sijil Pengesahan Pelaksanaan (e-sijil/sijil cetak)

Soal Jawab Aqiqah Bersama Ustaz Amirul

Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas (melaksanakannya) pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14. Jika tidak, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya. Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.

Kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Ibadah aqiqah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat meng-aqiqah-kan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya

Boleh. Jika sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh meng-aqiqah-kan anaknya, tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibu bapanya.

Boleh, jika ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri), kerana Nabi SAW juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika usia baginda 40 tahun.

Sunat menyembelih 2 ekor kambing untuk Aqiqah bayi lelaki, dan seekor kambing untuk aqiqah bayi perempuan.

Boleh, jika tidak mampu melaksanakan Aqiqah dengan 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan aqiqah tersebut pada masa yang lain.

Harus melaksanakan aqiqah untuk bayi yang telah meninggal dunia sama ada ia meninggal dalam kandungan (setelah melebihi tempoh 4 bulan) atau ia meninggal dunia sebelum sempat hidup pada hari ke-7 kelahiran, sebagai tanda syukur dikurniakan kesempatan memiliki zuriat walaupun hayatnya tidak panjang. Hukum melaksanakannya harus semata-mata, tidak disunatkan sepertimana tuntutan sunat mu’akkad ke atas pelaksanaan Aqiqah pada hari ke-7 kelahiran bayi.

Organisasi Korban & Aqiqah Pertama Menerima Pengiktirafan MS ISO 9001:2015

- The Malaysia Book of Records

Copyrights © 2007-2020 @ EZ QURBAN SDN. BHD (768010-D)




 
All Right Reserved.
No. 79-80 Jalan 3
 
Batu Caves Centrepoint
68100 Batu Caves
Selangor
Hubungi: 03-618 619 11
Emel: daftar@ezqurban.org