Abon menerima Anugerah Khas EZ Qurban

0
637

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal, Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Penghargaan Khas EZ Qurban di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada syarikat peneraju perkhidmatan korban & akikah ini pada Majlis Apresiasi EZ Qurban 2020 yang berlangsung pada 12 Februari yang lalu.

Beliau mula berkerjasama dengan EZ Qurban untuk rakaman suara iklan korban dan akikah di radio IKIM FM sejak awal penubuhan syarikat ini pada tahun 2007 dan menjadi Duta Kembara Korban untuk program-program Kembara Korban ke beberapa buah negara anjuran bersama EZ Qurban dan EZ Kembara.

Selain itu, beliau turut menjayakan Iklan TV Komersial Pertama EZ Qurban pada tahun 2016 dan memegang watak utama dalam filem pendek bertajuk ”Ini Aku Punya!” yang telah mendapat 1.3 juta tontonan pada musim korban yang lalu dengan kerjasama Youtuber Mr Kokom.

Pada majlis yang sama, EZ Qurban juga turut menerima 3 sijil pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records atas 3 pencapaian EZ Qurban pada musim korban bagi tahun 2019 iaitu:

PENYERTAAN TERBESAR DALAM PROGRAM KORBAN” dengan jumlah 64,792 peserta.

PENYERTAAN TERBESAR BERDAFTAR DALAM PROGRAM KORBAN” dengan jumlah 4,361 peserta.

ORGANISASI AKIKAH & KORBAN YANG PERTAMA MENERIMA MS ISO 9001:2015 (SISTEM PENGURUSAN KUALITI)

Dengan pelbagai pengiktirafan lagi yang diterima oleh EZ Qurban sepanjang tahun 2019, menjadikan syarikat ini terus komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia khususnya dalam pelaksanaan ibadah korban dan akikah.

Di samping itu, antara objektif majlis apresiasi ini diadakan ialah untuk menghargai dan mengiktiraf kerjasama serta sumbangan kakitangan EZ Qurban khususnya dan juga EZ Group of Companies amnya, rakan-rakan strategik serta pihak media selain bagi merapatkan & mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara satu sama lain.

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan Inteam. Kumpulan ini diantara rakan artis yang pernah bekerjasama mempromosikan EZ Qurban dan menyertai Kembara Korban di Vietnam dan Kembara Akikah di Banda Aceh pada tahun 2019.

Acara kemuncak pada malam itu, EZ Qurban merasmikan Yayasan EZ Prihatin. Acara perasmian ini disempurnakan oleh pengasasnya sendiri iaitu Y.Bhg Ustaz Haji Azhar bin Dato’ Ab. Shukur diiringi oleh isteri, Puan Hajjah Nor‘Adzimah binti Haji Hassanuddin.

Yayasan EZ Prihatin secara rasminya ditubuhkan pada 21 Ogos 2019 yang beriltizam menjadi sahabat asnaf disegenap pelosok dunia. Dengan slogan ‘Kebajikan Tanpa Sempadan‘.

Pertubuhan kebajikan ini menjadi wadah buat asnaf, ibu tunggal, fakir miskin dan muallaf sebagai pemacu mereka ke arah masa hadapan yang lebih cerah berlandaskan penerapan nilai-nilai murni.

Yayasan EZ Prihatin menyeru kepada masyarakat di luar sana, khususnya umat islam agar sama-sama menjadi sebahagian daripada sahabat asnaf dengan menghulurkan sumbangan dan sokongan yang tidak berbelah bagi ke atas Yayasan EZ Prihatin.

Untuk menyalurkan sumbangan untuk program-program kemanusiaan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menyalurkannya ke akaun Yayasan EZ PrihatinMAYBANK: 562405633644 atau hubungi kami di facebook YAYASAN EZ PRIHATIN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here