10 HADITH BERKENAAN RAMADHAN

0
405

1) DIAMPUNKAN DOSA-DOSANYA YANG LALU

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1901)

2) DIBUKA PINTU SYURGA DAN DITUTUP PINTU NERAKA

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1898 dan Sohih Muslim – No. Hadith: 1079)

3) MENDAPAT DUA KEGEMBIRAAN

Sabda Rasulullah SAW:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu,
ketika dia berbuka puasa dan ketika dia bertemu dengan Tuhannya
”.
(Sunan At-Tirmidzi – No. Hadith: 766)

4) PAHALA KHUSUS DARI ALLAH

Sabda Rasulullah SAW:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

Maksudnya: “Setiap amalan anak adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, kerana ia hanyalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran pahala kepadanya”. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1805)

5) KEBERKATAN BERSAHUR

Sabda Rasulullah SAW:

تَسَحَّرُوا ، فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya“. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1923)

6) MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA

Sabda Rasulullah SAW:

لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْر

Maksudnya: “Sentiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka“. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1957)

7) MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG BERBUKA PUASA

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: “Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”. (Sunan At-Tirmidzi – No. Hadith: 807)

8) PINTU AR-RAYYAN UNTUK ORANG BERPUASA

Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Ar-Rayyan, dikhususkan hanya untuk orang-orang yang puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk”. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1797)

9) BAU MULUT ORANG BERPUASA LEBIH HARUM DARI KASTURI

Sabda Rasulullah SAW:

لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Maksudnya: “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah Ta’ala daripada bau haruman kasturi”. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1795)

10) DIAMPUNKAN DOSA PADA MALAM AL-QADR

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Sohih Al-Bukhari – No. Hadith: 1806)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.